Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Rakyat tak gembira, rakyat akan marah kalau tukar kerajaan' - Reezal Merican

0


Selasa 13 Oktober 2020, hari yang dinantikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun tiba. Tetapi tidak disenangi oleh beberapa pemimpin politik lawannya yang menyifatkan tindakan Anwar itu akan memberi kesan besar kepada ekonomi dan negara. 


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, rakyat pada waktu ini mahukan usaha memulihkan semula negara yang masih berhadapan dengan ancaman wabak Covid-19. 


"Saya fikir, untuk tukar kerajaan pada masa ini akan beri kesan kepada ekonomi. Rakyat akan marah dan tidak akan maafkan. inilah saya harap orang politik dapat kembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat. 


"Rakyat rasa sedikit tidak gembira dengan kita (orang politik) selepas Pilihan Raya Negeri Sabah. Rakyat tidak mahu perangai sebegitu berulang. Rakyat tidak mahu lagi soal nak merebut kuasa. Pulihkan dahulu negara ini daripada Covid-19," katanya memetik laporan dari Sinar Harian hari ini. 


Ahli Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim dijangka bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini bagi mempersembahkan kepada Seri Paduka Baginda kononnya dia sudah mempunyai bilangan sokongan yang cukup untuk menubuhkan kerajaan baharu menggantikan 'Kerajaan Abah'. 


Reezal berpandangan, meskipun Anwar mempunyai angka pemimpin yang menyokongnya menubuhkan kerajaan baharu, namun ia tidak akan membawa kepada perubahan kerajaan sekelip mata kerana ia memerlukan banyak proses yang lain. 


Dan dalam pada itu, ia tidak akan memberi kebaikan kepada negara dan ekonomi dan yang terkesan dengan perkara itu adalah rakyat.


Ahli Parlimen Kepala Batas itu berkata, dia mempunyai keyakinan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 


“Bukan kerana saya menteri dalam Kabinet beliau, tidak. Tapi saya melihat kepada apa yang telah beliau lakukan dalam tempoh enam tujuh bulan ini... bukan mudah bagi beliau (Muhyiddin) kerana beliau menerajui parti yang mempunyai kemelut yang cukup teruk.


“Apabila berlaku pemecatan pemimpin peneraju awal dalam parti beliau (Bersatu) tapi dalam mentadbir negara, beliau telah berjaya melaksanakan pelbagai perkara yang boleh membantu membawa negara keluar daripada kemelut ekonomi kesan daripada Covid-19.


“Namun beliau tidak boleh lakukan jika ada gangguan, sebab itulah buat waktu ini kalau ada sesiapa yang menyumbang kepada berlakunya ketidaktentuan dan akhirnya negara berada dalam keadaan jauh terkesan teruk dari sudut ekonomi. Saya fikir rakyat tidak akan memaafkan sebab rakyat nak ahli politik fokus dan bawa Malaysia keluar dahulu daripada apa yang sedang dihadapi sekarang,” katanya. 


Sumber: Sinar Harian

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram