Semenjak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam sindiket Macau Scam dan perjudian online, ramai yang menerjah akaun media sosial individu berkenaan dan salah satunya ialah akaun Instagram Alyaa Syuhaila.
Baru-baru ini, akaun tersebut memuat naik beberapa kenyataan yang menafikan dakwaan tersebut menegur tindakan netizen yang melemparkan kata-kata kesat di ruangan komen termasuk menghantar mesej (DM) kepadanya.
"Allahu, kalau saya menipu, buat Macau Scam, dah lama saya lari dan deactivate account ni. Untuk apa saya masih dekat laman sosial ini? Untuk dimaki hamun?
"Sebab kami tak buat Macau Scam tipu duit orang-orang tua atau siapa yang kena Macau Scam ni. Kalau dah ada bukti dan kami buat scam, saya rela dimaki hamun.
"Saya doakan netizen yang maki hamun saya, semoga Allah sentiasa merahmati anda semua. Amin.." tulis Alyaa di Instastorynya.
Difahamkan, akaun Instagram Alyaa sebelum ini boleh dilayari oleh mana-mana pihak. Tetapi akaunnya itu kini hanya dibuka kepada followers sahaja.
Alyaa melalui kenyataannya di Instastory turut menjelaskan dia dan suaminya telah difitnah di mana ada pihak yang memetik nama suaminya itu.
"Macau Scam je, kami dituduh. Orang buat panggilan palsu, siap boleh borak-borak petik nama Eddy Kana. Kami dituduh. Banduan lari pun kami dituduh. Lepas ni fitnah apa lagi?"
Dalam masa yang sama, Alyaa turut menyelar tindakan segelintir individu yang mengambil kesempatan untuk membuat akaun baharu menggunakan nama dan gambarnya bagi meraih followers.
"Ramai sangat buat fake account, semua ambil kesempatan cari followers atas kesengsaraan orang lain. Up semua gambar family saya untuk dimaki hamun.
"Kes masih dalam siasatan, jangan terus menghukum tanpa bukti. Sekarang banyak media buat spekulasi. Jangan menuduh tanpa bukti. Kes pun masih dalam siasatan.
"Saya dengan suami tak terlibat dengan Macau Scammer. Kalau tak percaya, itu terpulang. Apa-apa (perkembangan) saya akan update di account ini sahaja. Yang lain itu fake. Facebook saya tutup buat sementara waktu untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan," tulisnya.
Sumber: Instagram Alyaa Syuhaila
LAPORAN BERKAITAN
- 'Buat benda tak elok, kejap je tuhan tunjuk' - Netizen gesa kekayaan scammer ni dikembalikan kepada mangsa
- SPRM beku 750 akaun bernilai RM75 juta, sita 24 kereta mewah milik ahli sindiket Macau Scam
- Macau Scam: 2 Pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah ditahan SPRM
- SPRM temui RM100,000 di rumah pegawai kanan JSJ, 21 gambar kenderaan mewah ahli Sindiket Macau Scam didedahkan
- Macau Scam: 19 orang ditahan, 23 kenderaan mewah disita, 730 akaun bank (RM80 juta) dibekukan - SPRM
- 'Tiada belas kasihan bagi anggota yang berani cemarkan imej PDRM' - tegas KPN
- Macau Scam: SPRM tahan beberapa Ketua Polis Daerah, 3 pegawai JSJD & 1 pegawai D7
- 'Baru nak bebas, dah kena tahan lagi' - Datuk & 7 pegawai & anggota polis ditahan di bawah POCA
- 'Datuk Seri' suspek utama sindiket pengubahan wang haram panjat pagar & lari dari SPRM