Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Suspek terdengar suara malaikat sebelum bunuh bayi 8 bulan

0

Suspek yang ditahan polis kerana disyaki membunuh bayinya berusia lapan bulan semalam, dipercayai mempunyai kaitan dengan ajaran sesat.


Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, kesimpulan awal itu dibuat berdasarkan keadaan mayat mangsa dilumur dengan garam serta halusinasi yang dialami oleh suspek yang berusia 40 tahun itu. 


Tambahan, ketika polis cuba merakam keterangannya, suspek tidak bercakap dan hanya berzikir serta mendakwa terdengar suara malaikat sebelum mangsa dibunuh. 


Ibu mangsa, 32, masih menjalani rawatan di hospital kerana keadaannya yang trauma, turut ditahan untuk membantu siasatan. 


Keputusan ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap pasangan berkenaan adalah negatif. 


Media semalam melaporkan, bayi lelaki itu ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam karung guni yang disembunyikan di dapur, dipercayai dibunuh oleh bapanya sendiri menggunakan objek tumpul.


Ketika ditemui, polis mendapati mayat mangsa dilumuri dengan garam kasar dan kesan lebam di seluruh badan. 


Laporan bedah siasat menunjukkan, mangsa maut akibat kecederaan di kepala yang disebabkan hentakan objek tumpul.


Polis kini sedang menunggu hasil keputusan laporan kimia bagi menentukan suspek mempunyai masalah mental ataupun sebaliknya. 


Pasangan itu akan ditahan reman sebaik saja polis mendapat perintah reman dari Mahkamah Bachok. 


Sumber: Harian Metro


LAPORAN BERKAITAN

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram