Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

TNB akan terus beri nikmat diskaun bil elektrik 50% sehingga 31 Disember 2020

0

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dilaporkan akan terus memberikan nikmat diskaun bil kepada tujuh juta penggunanya antara dua hingga 50 peratus bagi penggunaan antara 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020. 


Menurut TNB, pemberian diskaun itu sebagai tanda sokongan TNB kepada usaha kerajaan bagi mengurangkan impak Covid-19 kepada rakyat. 


Pengurangan itu juga adalah lanjutan daripada Diskaun Rangsangan Ekonomi untuk bil elektrik yang diberikan bermula Mac lalu di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). 


Kadar diskaun yang ditawarkan TNB adalah 50 peratus bagi penggunaan elektrik bulanan antara satu hingga 200 kilowat atau sehingga RM43.60. 


Bagi 201 hingga 300 kilowat atau RM43.70 hingga RM77 pula adalah sebanyak 25 peratus. 


Penggunaan elektrik bulanan antara 301 hingga 600 kilowatt atau RM77.10 hingga RM231.80 (15 peratus), 601 hingga 900 kilowatt atau RM232.35 hingga RM395.60 (10 peratus) dan melebihi 900 kilowatt atau melebihi RM396.17 (dua peratus).



Selain itu, TNB turut meneruskan tiga inisiatif untuk manfaat pengguna kediaman sehingga akhir tahun ini.


Ia adalah pelan bayaran mudah iaitu pilihan untuk pengguna membayar bil secara ansuran tanpa surcaj tambahan, pengecualian surcaj lewat bayar bagi tempoh 18 Mac lalu hingga 31 Disember ini dan penangguhan aktiviti pemotongan bekalan kecuali permohonan daripada pengguna berdaftar dan arahan pihak berkuasa.


Untuk sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh layari laman web TNB atau e-mel tnbcareline@tnb.com.my dan hubungi talian Careline 1-300-88-5454.


Sumber: Tenaga Nasional Berhad, Sinar Plus

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram