Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Utamakan BDR untuk kakitangan yang ada anak kecil - CUEPACS

0

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa semua ketua jabatan untuk mematuhi arahan kehadiran bertugas pada tahap maksimum 30 peratus seperti yang dikeluarkan Jabatan Pekhidmatan Awam (JPA) bagi Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Labuan dan Sabah. 


Presidennya Adnan Mat berkata langkah Bekerja Dari Rumah (BDR) boleh dilakukan secara penggiliran atau sepenuh masa dengan menetapkan kakitangan pengurusan dan pentadbiran yang tidak perlu bekerja di pejabat atau lapangan agar tidak mendatangkan kesukaran kepada kakitangan lain. 


"Kakitangan yang diutamakan dijadualkan untuk BDR adalah kakitangan yang memerlukan seperti mempunyai anak kecil, pasangan bertugas sebagai petugas barisan hadapan atau pasangan yang bekerja di sektor swasta dan perlu bertugas sepanjang tempoh PKPB berlangsung," katanya dalam kenyataan hari ini. 


Adnan berkata, penyusunan tugas berdasarkan kumpulan yang akan BDR atau bekerja di lapangan perlu dibuat oleh ketua jabatan untuk memastikan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas sepanjang tempoh PKPB ini.  


Beliau berharap pelaksanaan langkah itu diikuti oleh semua ketua jabatan di peringkat perkhidmatan kerajaan peringkat negeri, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan mengikut langkah yang sama.


Menurut Adnan, kebanyakan kakitangan awam tidak mempunyai masalah untuk BDR memandangkan perkara ini telah dilaksanakan pada Mac lalu dalam Perintah Kawalan Pergerakan dan ia terbukti berkesan.


Beliau yakin pelaksanaan BDR tidak akan menjejaskan perkhidmatan atau penyampaian jabatan dan agensi kerajaan kepada rakyat selain mampu mengurangkan sehingga 70 peratus kakitangan di lapangan atau pejabat.


Dalam pada itu, Adnan turut menasihatkan masyarakat supaya bijak menyusun rancangan mereka untuk melaksanakan urusan di pejabat kerajaan bagi mengelakkan kesesakan berlaku memandangkan perkhidmatan penting masih dibenarkan beroperasi. 


Menurutnya, perkhidmatan awam kini memberi keutamaan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan berharap dapat bersama-sama membantu membangunkan semula ekonomi negara selain memutuskan rantaian penularan COVID-19.


Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram