Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 'Bergegar kapal dia langgar' - Kapal tangki dilanggar kapal pasir di Perairan Tanjung Keling

0

Dua buah kapal dilaporkan berlanggar di Perairan Tanjung Keling, Melaka pada jam 11.38 pagi Sabtu (2/10/2020) yang menyebabkan kerosakan kedua-dua kapal itu. 


Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia, kemalangan itu melibatkan kapal tangki Mt Strovocos (IMO9178056) dengan kapal pengangkut pasir MV Oceanline 5001 (IMO8656972). 


Difahamkan, MV Oceanline 5001 pada ketika itu dalam pelayaran dari kawasan tambakan Kota Laksamana, Melaka menuju ke lokasi pengambilan pasir luar Had Pelabuhan Melaka telah melanggar bahagian tengah sebelah kiri MT Strovocos yang sedang berlabuh sauh di dalam Had Pelabuhan Melaka. 


"Akibat pelanggaran itu, kedua-dua kapal ini telah mengalami kerosakan tetapi tidak menyebabkan kedua-dua kapal ini tenggelam atau memberi ancaman sebarang pencemaran alam sekitar dan tidak juga melibatkan sebarang kematian mahupun kecederaan," kata kenyataan itu. 


Susulan kejadian itu, siasatan akan dijalankan dan Jabatan Laut Malaysia menasihatkan semua pihak mendapatkan sumber yang benar dan tepat dari Unit Korporat Jabatan Laut Malaysia.


Video kejadian itu turut viral di media sosial dan jelas kedengaran beberapa lelaki dalam video itu berkata:



"Bukan kapal minyak, kapal pasiirrrrr..." 


"Eh report! Report! Report!" 


"Orang tengah sedap-sedap diver, bawa diver, bergegar kapal dia langgar. Buta kapten kapal pasir ni, tidur ke ape? Ba****** punya kapal." 



Sumber: Jabatan Laut Malaysia

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram