Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) Heartwarming moment! 3 kucing dewasa tolong anak kucing naik ke bumbung buat netizen cair

0

Tiga kucing dewas enggan meninggalkan seekor kucing terbiar dan membantunya naik ke atas bumbung agar mereka dapat lepak bersama. 


Insiden itu dikatakan berlaku di Naples, Itali dan video menunjukkan kucing-kucing itu melompat ke atas bumbung. Namun si kecil itu tidak dapat berbuat demikian kerana bumbung itu masih terlalu tinggi untuknya, 


Video itu dirakam oleh penduduk bernama Lucio, yang menunjukkan detik-detik comel namatey itu sebelum salah seekor kucing dewasa turun dan cuba membantunya naik. 


Selepas menggigit belakang tengkuk si kecil itu, kucing itu cuba melompat ke bumbung. Tetapi gagal apabila si kecil itu terlepas dari mulutnya lalu bergolek ke bawah tangga. 


Enggan meninggalkan si kecil itu, kucing itu sekali lagi turun dan cuba membawanya naik sekali lagi. 


Dalam percubaan kedua, kucing itu berjaya melompat ke bumbung dan akhirnya mereka semua bersatu kembali. Ketiga-tiga kucing dewasa itu dilihat mengerumuni si kecil itu untuk memastikannya tidak mengalami kecederaan sebelum meneruskan perjalanan. 


"Saya saksikan insiden menarik ini pagi tadi. Ia sungguh suspen dan dramatik. Dah macam tengok program National Geographic," katanya. 



Sumber: Daily Mail

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram