Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 'Muka sudah nampak, mana mau lari?' - Perompak selamba tayang muka kat CCTV

0

Viral di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah premis didatangi lelaki muda berbaju biru merompak kedai berkenaan pagi tadi. 


Menurut sumber, kejadian berlaku di Nur Kasih Charity Shop, Jalan Kapar Batu 3, Klang. 


Belum diketahui berapa kerugian yang dialami, tetapi video menunjukkan suspek pada awalnya merentap beg pekerja kaunter dan mengeledah kandungannya. Malah wang sumbangan dalam tabung yang diletakkan di depan kaunter turut dirembat. 


Tidak cukup dengan itu, suspek masuk ke dalam kaunter dan merampas sebuah lagi beg tangan sebelum membaling kad pengenalan mangsa, lalu keluar dan meninggalkan tempat itu dengan menaiki motosikal rakannya yang sudah menunggu di depan kedai. 


Rakaman CCTV juga berjaya merakam wajah suspek dengan jelas dan netizen berharap pihak berkuasa dapat menangkap suspek secepat mungkin. 



Nur Kasih Charity Shop merupakan kedai bundle milik Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Kasih, yang menjual pakaian terpakai disumbangkan oleh orang ramai. Selain itu, mereka turut menjual roti, kek dan biskut untuk menjana pendapatan.


Difahamkan, hasil pendapatan kedai itu digunakan untuk menampung keperluan pertubuhan dan 50 kanak-kanak dan remaja anak yatim serta asnaf berusia lima hingga 17 tahun yang mendiami asrama mereka. 


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram