Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) Pemandu Myvi berdepan 5 pertuduhan memandu melulu sehingga menyebabkan kematian

0

Pemandu Myvi yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan seorang anggota tentera maut, tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru pada jam 8.40 pagi tadi, lapor Harian Metro. 


Wanita berkenaan yang memakai jaket hitam dan duduk di kerusi roda, disorong oleh polis trafik pengiring masuk ke Mahkamah Majistret. 


Menurut laporan itu, pemandu Myvi berkenaan dijangka dikenakan dua pertuduhan iaitu Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan. 


Nur Fatin Nazrah, 23, juga dijangka berdepan dengan lima pertuduhan termasuk memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian, penyalahgunaan dadah serta tidak memiliki lesen memandu. 



Dalam kejadian Sabtu (10/10/2020) lalu, Nur Fatin memandu dibawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan dengan dua buah kenderaan yang berhenti di persimpangan lampu isyarat. 


Kemalangan itu mengorbankan nyawa seorang lelaki yang juga bapa kepada tiga orang anak, Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, yang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. 


Siasatan polis mendapati, Nur Fatin bukan sahaja memandu dibawah pengaruh alkohol, malah tiada lesen memandu dan cukai jalan dijuga telah tamat tempoh. 


Kejadian itu memberikan kesan yang agak mendalam buat keluarga mangsa, terutamanya anak-anak mangsa yang selalu bertanya di mana keberadaan bapa mereka. Lebih menyedihkan lagi, anak sulung mangsa juga kerap menangis dan kerap mencium baju bapanya sehingga tertidur kerana terlalu rindu. 


Pihak keluarga mangsa kini menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu terbabit bagi mendapat keadilan yang sewajarnya buat mangsa. 


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram