Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Warga emas rentung dalam kebakaran gara-gara jiran bergaduh sampai bakar tilam

0

Pertengkaran di antara seorang lelaki dengan ibu saudaranya yang menjadi tidak terkawal menyebabkan lelaki warga emas berusia 65 tahun yang juga jiran mereka, rentung dalam kebakaran.


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.10 awal pagi Isnin di Rumah Murah Kepayan, Kota Kinabalu, lelaki terbabit bertindak membakar tilam di biliknya menyebabkan api merebak ke rumah jiran. 


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, suspek bersama ahli keluarganya sempat menyelamatkan diri.


Namun, Liew Han Chong, 65, rentung dalam tandas di tingkat atas, manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dan ibunya berusia 32 tahun, melecur. 


31 anggota termasuk pegawai Bomba yang dikerahkan ke lokasi kejadian berjaya mengawal kebakaran dan api dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.56 pagi. 


Mangsa yang cedera diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. 


Pemeriksaan di dalam rumah yang musnah terbakar menemukan mayat warga emas terbabit yang kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


Ekoran kejadian itu, polis menahan suspek berusia 20-an pada jam 4 pagi untuk disiasat mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat. 


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram