Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Aku dah tak cintakan kau' - kata isteri sebelum mati ditikam suaminya sebanyak 20 kali

0

Baru sebulan mendirikan rumah tangga, namun pengantin perempuan yang berusia 14 tahun mati dibunuh oleh suaminya sendiri dalam keadaan yang amat menyayat hati. 


Mangsa yang dikenali sebagai Selmi, maut di tangan suaminya bernama, Kamaluddin, 20, setelah ditikam dengan pisau sebanyak 20 kali tanpa belas kasihan, dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat, 20 November 2020 di Daerah Bone, Sulawesi Selatan, Indonesia. 


Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku, Kamaluddin mengajak isterinya pulang ke rumah orang tuanya. Dalam suasana yang santai dan bergelak ketawa, mangsa terus menolak. Tetapi selepas dipujuk berkali-kali, akhirnya Selmi akur. 


Sebelum pergi, mangsa ada berpesan kepada keluarganya yang dia akan mati jika mengikut suaminya pulang ke rumah mertua dan mengatakan keluarganya tidak akan dapat bertemu dengannya lagi selepas itu. 


Pada jam 11 malam, 19 November 2020, pasangan itu bertengkar namun berjaya dileraikan oleh ibu bapa dan ibu saudara suspek. Tetapi pertengkaran itu berlaku sekali lagi pada Jumaat, 20 November 2020 pada jam 2 pagi dan kali ini mereka gagal dileraikan. 


Suspek kemudian bertindak menikam mangsa tetapi berjaya dielak lalu mangsa segera berlari keluar rumah dengan melompat. Malangnya nasib tidak menyebelahi, lompatan itu menyebabkan dia terjatuh. 


Di kesempatan itu, suspek terus menyerang dan menikam badan isterinya berulang kali tanpa sebarang belas kasihan. Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah akibat ditikam berulang kali. 


Menurut laporan media tempatan, suspek berang dengan mangsa yang menyebut dia sudah tidak mencintai suaminya lagi, lalu bertindak mencabut nyawa remaja itu. 


Salah seorang ahli keluarga mangsa, Siska berkata, Kamaluddin dan Selmi baru sahaja bernikah sebulan yang lalu iaitu pada 4 Oktober 2020. Rakan mangsa, Nur Afny, juga mendedahkan dia pernah diberitahu oleh Selmi yang dia sudah tidak mencintai lelaki itu selepas sebulan berkahwin. 


"Yang saya tahu, dia sudah tidak lagi mahu dengan suaminya. Dia kemudian meluahkan perasaannya itu yang mungkin membuatkan suaminya marah," katanya. 


Sehingga kini, motif sebenar suspek membunuh mangsa masih belum diketahui dan polis juga sedang memburu suspek. 


Sementara itu, pemeriksaan polis pada mayat mangsa mendapati ada 20 kesan tikaman iaitu di bahagian perut, bahu, leher, telinga, dada, punggung, lengan dan tangan.


Semakan juga mendapati, suspek pernah terbabit dalam kes pembunuhan seorang lelaki yang bernama Irwandi di mana mangsa ditikam dengan pisau oleh suspek pada Januari 2017. Akibat dari kejadian itu, suspek ditahan polis dan dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun. 


Setelah dibebaskan dari penjara pada Mac 2020, suspek yang bergelar sebagai bekas banduan itu kemudian berkahwin dengan mangsa.


Sumber: Tribun Style

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram