Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Anggota PGA maut dipercayai ditembak ahli sindiket penyeludupan

0


Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang diserang sehingga menyebabkan salah seorang mangsa maut awal pagi Selasa, 24 November 2020, di pos sempadan Malaysia-Thailand, dipercayai ditembak oleh ahli sindiket penyeludupan. 


Menurut sumber yang dipetik Harian Metro berkata, kejadian itu berlaku setelah pihak berkuasa memperketatkan kawalan di sempadan terutamanya di Perlis dan Kedah sehingga menyebabkan kegiatan penyeludupan dadah dan ketum sukar dilakukan. 


Sumber itu percaya, tembakan itu dilepaskan oleh sindiket sama yang pernah melepaskan tembakan amaran ke arah anggota PGA yang sedang melakukan rondaan di sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 13 November 2020. 


"Kes ini ada kaitan denga kumpulan penyeludup, ada yang tidak puas hati apabila kita ketatkan sempadan. Dua anggota sedang berkawal ketika diserang, ada anggota lain dengar bunyi tembakan," katanya. 


Harian Metro hari ini melaporkan, anggota PGA, Koperal Baharuddin Ramli, 54, maut dan Koperal Norihan A/L Tari, 39, parah akibat ditembak ketika sedang melakukan kawalan di pos sempadan. Pihak berkuasa percaya kedua-dua mangsa diserang dari arah negara jiran yang kemudian melarikan diri. 


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram