Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Baru bertunang dah dapat kunci pendua?' - Bakal pengantin cuba rogol rakan serumah tunangnya didakwa di mahkamah

0


Lelaki berusia 27 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka atas pertuduhan cuba mencabul dan merogol rakan serumah tunangnya di Ayer Keroh, lapor Utusan Malaysia. 


Amirul Hanif Ibrahim, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan yang dibacakan terhadapanya di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan. 


Berdasarkan pertuduhan pertama, Amirul dituduh cuba merogol perempuan berusia 23 tahun dan bagi kesalahan itu dia didakwa di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda, atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut. 


Bagi pertuduhan kedua, Hanif dituduh melakukan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang sama dengan niat hendak mencabul kehormatannya dan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu. 


Pertuduhan ketiga, Hanif dituduh menceroboh kediaman itu tanpa mendapat kebenaran daripada tuan rumah dan didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah. 


Kesemua kesalahan itu dilakukan oleh tertuduh di sebuah rumah di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh pada jam 10.53 pagi, 17 November 2020. 


Tertuduh yang sudah bertunang dijadualkan akan melangsungkan pernikahan pada Mac 2021. Ketika kejadian itu berlaku, tunangnya tiada di rumah dan tertuduh telah menceroboh ke kediaman itu menggunakan kunci pendua dan menunggu mangsa pulang. 


Pendakwaaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shukri Hussain, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Soleh Yusof.


Hakim Elesabet membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan memerintah tertuduh melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan serta tidak mendekati atau mengganggu mangsa sehingga kes selesai. Beliau juga menetapkan 24 Disember 2020 untuk sebutan semula kes dan penyerahan dokumen. 


Sumber: Utusan Malaysia

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram