Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Budak 12 tahun lari dari rumah dirogol 3 lelaki di rumah tumpangan di Hutan Melintang

0


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun disyaki dirogol tiga lelaki di rumah tumpangan di Hutan Melintang, Rabu, 10 November 2020. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, mangsa tinggal bersama ibu saudaranya sejak tiga bulan lalu dan tidak bersekolah dipercayai melarikan diri dari rumah di Hutan Melintang pada jam 1 pagi. 


Ketika berada di taman permainan, mangsa dihampiri oleh dua lelaki yang mengajaknya mengikuti mereka dan dibawa ke sebuah rumah tumpangan yang dihuni oleh seorang lagi suspek. 


Mangsa yang mengenali salah seorang suspek terbabit, kemudian dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga suspek terbabit sebelum ditinggalkan seorang diri di rumah berkenaan. 


Dalam masa yang sama, si ibu saudara yang berusia 24 tahun menyedari mangsa telah hilang lalu mencarinya tetapi tidak berjaya. Jam 7.40 malam, wanita itu dihubungi oleh salah seorang suspek yang memaklumkan mangsa telah dirogol dan mengugut wang sebanyak RM4,000 jika mahu mangsa dibebaskan. 


Ibu saudara mangsa terus membuat laporan polis dan bertindak di atas laporan itu, sepasukan polis dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak telah menahan seorang lelaki di Hutan Melintang pada jam 6.30 pagi Khamis, 12 November 2020, ketika cuba mendapatkan wang daripada ibu saudara mangsa. Dua lagi suspek ditahan setengah jam kemudian. 


Polis merampas beberapa barangan termasuk telefon bimbit dan kenderaan yang digunakan suspek. Keputusan ujian saringan air kencing juga mendapati semua suspek berusia antara 28 hingga 33 tahun itu positif dadah jenis methampethamine. Semakan rekod juga mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau. 


Ketiga-tiga suspek ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpulan dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik. 


Sementara itu, mangsa berada dalam keadaan stabil dan telah dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan lanjut. 


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram