Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Irwan mengaku tak bersalah simpan video lucah kanak-kanak di iPhone 7 Plus

0


Seorang pekerja am kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuantan hari ini, atas pertuduhan memiliki video pornografi kanak-kanak yang disimpan dalam telefon bimbit, Rabu lalu.


Pengakuan Mohd Irwan Ramli, 23, yang berasal dari Kemaman, Terengganu direkodkan di hadapan hakim Siti Aminah Ghazali.


Tertuduh didakwa memiliki empat salinan video itu yang disimpan dalam iPhone 7 Plus miliknya semasa polis membuat pemeriksaan di jalan berhampiran Lorong Sekilau 58 di Kuantan pada 7.20 petang, 4 Nov lalu.


Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Pada prosiding itu, peguam Muhamad Saifuldin Ab Rahman merayu mahkamah mengurangkan jaminan RM12,000 yang ditawarkan pihak pendakwaan atas alasan tertuduh memperoleh pendapatan bulanan RM1,100 yang turut digunakan untuk menanggung ibu bapa yang uzur.


Siti Aminah membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh melapor diri di balai polis setiap bulan serta menetapkan 7 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula kes.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abd Ghani.


Di mahkamah sama, seorang penjaja air, Rahim Mohamad, 47, mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun pada 1 tengah hari 25 Okt lalu di pondok pengawal keselamatan di Jalan Gebeng 1/11 di Kuantan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Nurul Syuhada Tuan Mamat mengikut Seksyen 14(d) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.


Siti Aminah membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh tidak menganggu mangsa dan saksi kes pendakwaan selain perlu melapor diri di balai polis setiap bulan.


Sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Dis ini untuk tertuduh yang beralamat di Taman Sri Mahkota di Kuantan, melantik peguam.


Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram