Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Kedai runcit, serbaneka & ubat tradisional Cina dilarang jual arak mulai Oktober 2021, tetapi DAP bantah keputusan DBKL

0


15 November 2020, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan garis panduan baru mengenai lesen minuman keras berkuatkuasa serta-merta di mana pihaknya menetapkan kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai menjual ubat tradisional Cina tidak dibenarkan menjual produk minuman keras mulai 1 Oktober 2021. 


Bagaimanapun, pengecualian diberi kepada kedai ubat tradisional Cina jika alkohol digunakan untuk tujuan ubatan tradisional. 


Sementara itu, tiga jenis premis tersebut masih dibenarkan menjual bir tetapi hanya dibenarkan dijual mulai jam 7 pagi hingga 9 malam sahaja. 


Bagi pasar, hypermarket, hotel, bar dan pub masih dibenarkan menjual minuman keras tetapi hanya kepada pelanggan berusia 21 tahun ke atas. 


Garis panduan itu dikuat kuasakan bagi mengawal akses dan penggunaan produk minuman keras sambil memastikan kesihatan dan keselamatan warga kota. 


Tetapi, DAP Wilayah Persekutuan tidak bersetuju dengan pembaharuan itu yang didakwa menjejaskan perniagaan pihak berkepentingan. Pihaknya juga akan mengumpul bantahan daripada pihak yang berkaitan dan akan bertemu dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur agar keputusan itu ditarik balik. 


Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai berkata, peraturan baharu itu jelas melanggar hak orang bukan Islam untuk mengamalkan budaya mereka yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, dia juga menyifatkan peraturan baharu itu sebagai 'anti-perniagaan' dan yang menjadi korban adalah peniaga yang mematuhi undang-undang dan membayar cukai. 


Peraturan itu juga dijangka bakal menjejaskan sektor pelancongan apabila dikuatkuasakan kelak. 


"Perniagaan alkohol sudah menghadapi banyak sekatan dan sukar untuk mendapatkan permit. Peraturan baru yang meletakkan lebih banyak sekatan, pasti akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pemain industri," katanya. 


Sumber: MalaysiaKini, DBKL

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram