Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Kejap bang, pelanggan yang tadi tu minta tambah' - Penemuan mayat bongkar kegiatan suami lacurkan isterinya sendiri

0


Penemuan mayat seorang wanita berusia 41 tahun di dalam bilik sebuah hotel membongkar perbuatan keji si suami yang tergamak melacurkan isterinya bagi melayani nafsu lelaki hidung belang sehingga mati. 


Dalam kejadian yang berlaku pada 13 September 2020 di Daerah Depok Barat, Indonesia, siasatan awal polis mendapati, mangsa yang hanya dikenali sebagai 'DP' itu sedang melayani pelanggannya, lelaki berusia 25 tahun, 'AP' di bilik hotel, sementara suaminya menunggu di dalam kereta di perkarangan hotel. 


Sebelum itu, mangsa sempat menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp kepada suami dan memaklumkan dia terpaksa melayani AP untuk kali kedua. Si suami kemudian mendesaknya untuk segera menyelesaikan nafsu pelanggannya itu kerana dia sudah mengantuk. 


"Kejap bang, pelanggan yang tadi tu minta tambah lagi," kata mangsa. 


Si suami membalas dia akan terus menunggu di dalam kereta. Namun, setelah hampir dua jam berlalu, DP masih tidak kunjung keluar sedangkan dia biasa selesai melakukan perbuatan itu selama 15 minit. Dia mulai gelisah dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan isterinya. 


Rupa-rupanya, mangsa sudah terkulai layu di tilam dengan kepalanya terjuntai ke bawah. AP segera keluar dari bilik dan mahu melarikan diri dengan menunggang motosikal. 


Melihat si pelanggan bergegas keluar, si suami terus meluru masuk ke bilik untuk memeriksa keadaan isterinya dan terkejut apabila mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri. 


Si suami segera mengejar suspek yang kebetulan masih belum berganjak dari kawasan parkir. Dia terus menangkap AP dan meminta lelaki itu bertanggungjawab. 


Difahamkan, sebelum kejadian itu, mangsa yang baru selesai melayani AP, menyiapkan dirinya. Oleh kerana masih berasa bertenaga, AP kemudian meminta 'tambah' dan mangsa menuruti kemahuan lelaki hidung belang itu. 


Semasa sedang melakukan hubungan intim itu, mangsa mengalami kekejangan dan terjatuh dari tilam sebelum tidak sedarkan diri. Panik melihat apa yang berlaku, AP segera memakai pakaiannya lalu keluar dari bilik. 


Ekoran kejadian itu, suspek telah ditahan untuk membantu siasatan. Tiada sebarang tanda-tanda kekerasan ditemui pada mayat mangsa. 


Sumber: Agensi

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram