Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Kempunan makan kari kambing, budak 7 tahun maut tertusuk pisau di dada pada malam Hari Deepavali

0


Hasrat menyambut perayaan Hari Deepavali dengan suasana kekeluargaan bertukar menjadi tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut akibat tertikam pisau di dada oleh sepupunya.


Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat, 10.20 malam di Taman Cempaka, Kampung Koh, Setiawan, mangsa, J Adithiyan, berlari masuk ke dalam rumah ibu saudaranya dan terlanggar sepupunya berusia 11 tahun yang ketika itu sedang memegang pisau. 


Insiden itu menyebabkan pisau itu tertusuk di dada mangsa. Mangsa terus dikejarkan ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan bantuan, tetapi disahkan telah meninggal dunia. 


Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk dibedah siasat. 


Menurut bapa saudara mangsa, Mathialagan, 43, berkata, sebelum itu mangsa datang bertemu dengan isterinya meminta untuk makan kari kambing yang sudah siap dimasak. Tetapi isterinya meminta mangsa untuk menunggu sehingga esok. 


"Dia memang begitu teruja dan tak sabar nak main bunga api. Tetapi saya memberitahu supaya menunggu sehingga jam 12 malam. 


"Malam itu juga dia beritahu teringin nak makan kari kambing yang sudah siap dimasak. Tetapi isteri memintanya menunggu sehingga esok. Tetapi kedua-duanya dia tidak sempat.


"Dia memang sangat rapat dengan kami. Dia juga memanggil saya sebagai 'appa' dan isteri 'amma'. Saya sempat mewarnakan rambutnya sempena merayakan Deepavali ini," katanya memetik laporan dari Harian Metro. 


Semasa kejadian, salah seorang anak saudaranya dipanggil oleh ibunya yang meminta dibawakan pisau untuk memotong tali ketika membuat kolum. 


Ketika anak saudaranya sedang menuju ke luar pintu, mangsa kebetulan sedang berlari masuk ke dalam rumah dan secara tidak sengaja terlanggar kakak sepupunya itu yang sedang membawa pisau lalu tertusuk di dada mangsa. 


Ahli keluarga yang menyaksikan kejadian itu terus panik apabila melihat banyak darah yang mengalir dari dada mangsa, terus membawa mangsa ke hospital, tetapi sebaik tiba di hospital, mangsa disahkan meninggal dunia. 


Polis kini sedang menunggu laporan penuh dari pihak forensik yang melakukan bedah siasat. 


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram