Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Kerana hutang, wanita dirogol, diliwat & dicederakan sebelum diperas ugut RM2,000 jika mahu dilepaskan

0


Polis menahan tiga individu selepas seorang wanita membuat laporan polis yang mendakwa dia telah dirogol, diliwat dan dicederakan dipercayai berkaitan dengan pertikaian hutang, lapor Harian Metro.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid berkata, kejadian itu berlaku pada jam 4 pagi Khamis lalu di rumah rakan mangsa. 


Difahamkan, mangsa telah dibawa ke rumah rakannya itu dan dipercayai dirogol, diliwat dan dicederakan seorang suspek lelaki yang juga merupakan rakan kepada dua suspek wanita. 


"Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga merupakan rakan kepada mangsa. 


"Selepas mangsa dibawa ke rumah dua temannya itu, mangsa dipercayai dirogol, diliwat dan dicederakan seorang suspek lelaki. Mangsa turut diperas ugut RM2,000 untuk dilepaskan," katanya. 


Bagaimanapun, polis berjaya menahan ketiga-tiga suspek itu pada hari kejadian dan keesokannya selepas mangsa membuat laporan polis. Kesemua suspek akan didakwa hari ini di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. 


Suspek akan dikenakan enam pertuduhan yang membabitkan kesalahan merogol, meliwat, mencederakan, memeras ugut, membuat laporan palsu dan gagal menunjukkan pengenalan diri.

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram