Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'No futher action kerana keterangan tidak mencukupi' - Individu bawa pulang abu mayat Chin Peng tidak akan didakwa

0


Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin memaklumkan bahawa Kerajaan memutuskan untuk tidak mendakwa individu yang berkaitan dengan isu membawa pulang abu bekas pemimpin PKM itu.


Hamzah berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai 'tidak ada tindakan selanjutnya" (NFA) kerana kekurangan keterangan. Sehingga kini terdapat sebanyak 11 repot polis dibuat berkaitan isu abu mayat Chin Peng yang dibawa pulang ke Malaysia. . 


"Pihak polis telah melakukan siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. 


"Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada 4 Jun 2020 dan keputusannya ialah NFA (No Further Action) kerana keterangan/ elemen yang tidak mencukupi," katanya menjawah soalan lisan Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Rahim pada 9 November di Parlimen yang bertanya mengenai status siasatan kes kontroversi itu. 


Bagaimanapun Hamzah berkata, Kerajaan akan melihat semula kes itu untuk tindakan selanjutnya sekiranya terdapat perkembangan terbaru mengenai kes tersebut. 


Hamzah berkata Kementerian Dalam Negeri melalui penguatkuasaan polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba mencetuskan kekacauan dan membuat sebarang bentuk provokasi melalui penulisan, ucapan atau penyebaran berita.


Katanya, polis akan menangkap dan mendakwa sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.


Sumber: MalaysiaKini

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram