Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Pesakit Covid-19 lari dari Hospital Slim River berjaya ditahan semula

0


Polis berjaya menahan semula seorang pesakit COVID-19 yang melarikan diri dari Hospital Slim River di sini, petang ini. 


Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Sulizmie Affendy Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan dari hospital mengenai seorang lelaki dengan gelang kuarantin berwarna biru muda melarikan diri dari Wad 7 kira-kira 4.48 petang. 


Bagaimanapun, lelaki berumur 29 tahun itu  berjaya ditemui semula kira-kira 6 petang oleh sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Slim River berhampiran sebuah stesen minyak di kawasan Bandar Baru Slim River. 


"Sepasukan petugas kesihatan yang lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) telah datang mengambilnya untuk dibawa semula ke Hospital Slim River," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini. 


Sulizmie Affendy berkata berdasarkan maklumat terkini, hasil saringan ujian  oleh pihak pejabat kesihatan mengesahkan lelaki itu negatif COVID-19 dan akan dibenarkan keluar wad esok. 


Hasil semakan polis mendapati lelaki tersebut mempunyai enam rekod lampau dan telah ditangkap bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.


Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram