Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Suami bunuh lelaki yang hamilkan isterinya selepas keluarga mangsa izinkan membunuh tanpa pakai senjata

0


Seorang lelaki bernama Jebfar, 39, ditahan kerana terbabit dalam kes pembunuhan lelaki bernama Moh Molah, 30, di Tol Kebomas, Jawa Timur, Indonesia. 


Mangsa dibunuh oleh suspek yang dibantu beberapa kenalannya dan mayat mangsa dibuang di tepi jalan pada Disember 2019. Suspek nekad bertindak membunuh mangsa selepas mendapat tahu isterinya dihamilkan oleh mangsa. 


Di mahkamah pengadilan, Jebfar berkata dia menerima maklumat dari ahli saudaranya bahawa isterinya telah dihamilkan oleh Molah. 


Jebfer juga mengaku dia melakukan pembunuhan itu selepas mendapat keizinan dari keluarga mangsa sendiri. 


"Saya datang berjumpa dengan keluarga Molah untuk berbincang mengenai perbuatannya terhadap isteri saya. Pihak keluarga mengizinkan Molah dibunuh dengan syarat tidak menggunakan senjata tajam," katanya. 


Selepas mendapat 'green light' dari keluarga Molah, Jebfer bersama dengan rakan-rakannya terus menjemput mangsa di sebuah penginapan di Pelabuhan Gresik dan dibawa ke Tol Kebomas.


"Ketika dibawa masuk ke kereta, lehernya terus dijerut dengan tali. Dia sempat melawan, akhirnya saya pukul menggunakan tangan. Setelah dia meninggal, saya buang mayatnya di tepi jalan. 


"Kemudian saya terus pergi ke tempat saudara untuk bekerja di sawah padi selama tiga bulan. Saya tak laporkan kejadian itu dan duduk diam di rumah," katanya. 


Pengakuan Jebfer yang seterusnya juga membuatkan Ketua Hakim terkejut. Selepas membunuh mangsa, Jebfer juga terus menceraikan isterinya yang sedang mengandung. 


"Sekarang saya sudah tidak beristeri, perempuan masih banyak," katanya. 


Bagaimanapun, Jebfer mengakui dia sudah menyesal dengan perbuatannya dan meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana dia mempunyai seorang anak yang masih kecil, perlu disara. 


"Saya menyesal Yang Arif, saya mohon diringankan hukuman sebab anak saya masih kecil," katanya sambil menundukkan pandangan. 


Perbicaraan ditangguh sehingga ke suatu tarikh yang ditetapkan kelak. - Agensi

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram