Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Suspek bunuh Siti Nur Surya didakwa di mahkamah

0


Seorang pelajar perempuan tingkatan enam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Marang hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya Siti Nur Surya Ismail awal bulan ini.


Siti Nur Athirah Azmi, 19, yang berpakaian lokap berwarna ungu dan bertudung hitam, tidak menunjukkan emosi ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.


Dia dituduh melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Siti Nur Suraya, 19, pada 1 Nov, antara 8.30 pagi dan 9.30 pagi di dalam rumah di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong, Hulu Terengganu.


Tuduhan itu menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amer Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Mazlan Md Zain daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).


Mahkamah menetapkan 10 Jan 2021 untuk sebutan semula kes.


Terdahulu, gadis itu yang tiba di mahkamah pada 9.36 pagi, kelihatan tenang ketika dilambai dan disapa oleh ahli keluarganya yang menunggu di perkarangan mahkamah.


Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram