Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Terima kasih atas sokongan anda selama ini' - PUBG Mobile ucapkan selamat tinggal kepada India

0


Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat di India telah mengharamkan sebanyak 118 aplikasi telefon pintar di negaranya sejak September lalu dan ini termasuk permainan popular, Player Unknown's Battleground's (PUBG) Mobile.


PUBG Corporation akhirnya akur dengan keputusan kerajaan dan pihaknya telah mengumumkan semua perkhidmatan dan akses kepada pengguna di India dihentikan sepenuhnya pada 30 Oktober 2020. 


Hak penerbitan PUBG Mobile di India juga dikembalikan kepada pemilik asalnya.  Tetapi tidak dinyatakan sama ada data penggunanya akan dihapuskan atau sebaliknya.


"Kepada peminat yang dihormati, bagi mematuhi arahan dari Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat berakhir 2 September 2020, Tencent Games akan menghentikan semua perkhidmatan dan akses untuk pengguna di India pada 30 Oktober 2020. Hak untuk menerbitkan PUBG Mobile di India akan dikembalikan kepada pemilik harta intelek PUBG.


"Melindungi data pengguna selalu menjadi keutamanaan dan kami selalu mematuhi undang-undang perlindungan data yang ditetapkan di India. Semua maklumat pengguna diproses secara telus seperti yang dinyatakan dalam dasar privasi kami. 


"Kami amat kesal dengan apa yang berlaku dan dengan ikhlas mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan minat anda terhadap PUBG Mobile selama ini," kata kenyataan itu. 



Pengharaman permainan PUBG Mobile di India bukanlah sesuatu yang baru. Jun lalu, kerajaan India juga mengharamkan aplikasi popular seperti Tik Tok, WeChat dan beberapa aplikasi yang berkaitan dengan Xiaomi. 


Sumber: Granthshala

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram