Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 'Kami tak puas hati, kenapa PKPD dilanjutkan sedangkan 2 minggu berturut² tiada kes' - Para penduduk Mutiara Kasih & Taman Khazanah Indah

0

Penduduk di Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah, di Lahad Datu, Sabah meminta agar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikuatkuasakan di kawasan mereka tidak dilanjutkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan mereka hilang pekerjaan dan pendapatan. 


Penduduk, Rabiani Baba, 37, meminta agar PKPD dibatalkan bagi membolehkan para penduduk meneruskan pekerjaan setelah sebulan mereka mematuhi perintah tersebut. 


"Saya mempunyai perniagaan untuk dijalankan, ada jiran yang perlu bekerja, kami faham akan keperluan PKPD tetapi ada majikan yang tidak dapat menunggu kami. 


"Sebilangan penduduk di sini bekerja dan mendapat gaji harian, kita semua mempunyai keluarga yang perlu diberi makan," katanya memetik laporan dari Bernama. 


Rabiani bersama 100 penduduk baru sahaja selesai melakukan demonstrasi secara aman di Pangsapuri Mutiara Kasih malam tadi. 





Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berada di lokasi kejadian untuk menenangkan para penduduk yang kemudian akur dan bersetuju untuk bersurai. 


Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri semalam mengumumkan PKPD di kawasan berkenaan dilanjutkan 14 hari bermula dari hari Selasa, 10 November 2020. Terdahulu, kedua-dua kawasan berkenaan dikenakan PKPD sejak dari 13 hingga 26 Oktober dan dilanjutkan lagi sehingga semalam. 



Sementara itu, dalam taklimat harian Kerajaan sabah mengenai Covid-19 di Kota Kinabalu malam tadi, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kerajaan negeri memahami kebimbangan yang dibangkitkan oleh penduduk. 


Beliau berkata, kerajaan negeri akan meminta Majlis Keselamatan Negera (MKN) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menilai semula kawasan-kawasan tersebut dan melaporkan pada mesyuarat MKN akan datang. 


"Saya menggesa para penduduk bertenang, apa sahaja keputusan yang dibuat adalah untuk kebaikan bersama. Saya tidak fikir Kementerian Kesihatan akan membuat keputusan yang menyusahkan orang ramai.


"Covid-19 sangat menakutkan, jadi buat masa ini sila tunggu untuk penilaian semula. Saya meminta semua pihak bersabar buat masa ini," katanya. 


Sumber: Bernama, Mix Clip, Viral TV

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram