Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Warga Bangladesh berdemo nak balik sini, Malaysia tetap tutup pintu sempadan

0


Baru-baru ini ribuan rakyat Bangladesh berdemonstrasi di depan Kementerian Luar Negeri di negara itu yang menuntut kerajaan membantu mereka untuk kembali ke Malaysia, selepas bercuti dan terkandas untuk tempoh yang lama sehingga visa mereka tamat tempoh. 


Bagaimanapun, Kerajaan Malaysia masih tetap dengan pendirian untuk menutup semua pintu masuk kepada warga asing daripada 23 negara berisiko tinggi Covid-19. Jabatan Imigresen juga belum menukar polisi itu mahupun mencadangkan kepada kerajaan untuk melonggarkan kemasukan pekerja asing. 


Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Yaakob berkata, Bangladesh merupakan salah satu daripada 23 negara yang diperketatkan kemasukan kerana tergolong dalam negara yang berisiko tinggi Covid-19. 


"Suka saya jelaskan, polisi kita untuk tutup sempadan negara kepada warga asing masih kekal, tiada perubahan. Seperti kita tahu, Bangladesh salah satu daripada 23 negara yang diperketatkan kemasukan mereka kerana tergolong dalam negara berisiko tinggi. 


"Walaupun ramai yang ingin balik ke Malaysia, tetapi setakat ini tak dibenarkan. Kuasa menentukan kemasukan dan sebagainya di bawah Jabatan Imigresen dan saya yakin jabatan itu belum lagi menukar polisi atau mencadangkan kepadsa kerajaan menukar polisi untuk melonggarkan kemasukan ini. 


"Saya tidak tahu sama ada kedutaan akan berjumpa dengan Kementerian Luar atau tidak untuk membincangkan perkara ini. Tetapi setakat hari ini, pekerja Bangladesh atau mana-mana negara berisiko tinggi masih tidak dibenarkan masuk Malaysia," katanya. 


Sumber: MalaysiaKini, Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram