Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

3 sekeluarga dihalau keluar dari pesawat sebab anak enggan pakai pelitup muka

0


Sebuah keluarga diarahkan keluar dari kapal terbang setelah anak perempuan mereka berusia dua tahun enggan memberi kerjasama untuk memakai pelitup muka. 


Eliz Orban dan suaminya ketika itu memakai pelitup muka semasa berada di dalam kapal terbang yang dijadualkan berlepas ke Newark dari Denver. Namun kru kabin memaklumkan bahawa anak mereka juga perlu memakai pelitup muka seperti dalam peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak United Airlines.


Gagal berbuat demikian, pramugari terpaksa meminta tiga beranak itu keluar dari pesawat walaupun bapa kanak-kanak itu memberi jaminan yang dia akan menahan pelitup muka itu di wajah anaknya sepanjang tempoh penerbangan.


Eliz juga mendakwa, mereka tidak dibenarkan mengambil semula bagasi dan barangan termasuk kerusi keselamatan bayi ketika dihalau keluar dari lapangan terbang berkenaan. 


Video yang dirakam oleh Eliz itu tersebar meluas di media sosial pada Ahad dan menimbulkan banyak reaksi pengguna media sosial yang ada di antaranya mengecam anak pasangan itu kerana degil tidak mahu memakai pelitup muka. Tidak kurang juga yang bersimpati dengan nasib keluarga Eliz. 



"Paksa anak perempuan berusia 2 tahun untuk pakai pelitup muka? Tak masuk akal dan sudah tentu ia akan menyebabkan budak itu mengamuk. Satu hal pula mak ayah terpaksa pujuk dia," kata netizen. 


Sementara itu pihak United Airlines dalam maklum balasnya berhubung insiden itu berkata, kesihatan dan keselamatan para penumpang adalah keutamaannya dan disebabkan itu pihaknya mewajibkan kakitangan penerbangan dan pelanggan memakai pelitup muka, termasuk kanak-kanak berusia dua tahun ke atas. 


United Airlines juga menjelaskan pihaknya sedang menyiasat kejadian itu dan telah menghubungi keluarga berkenaan. Wang pembelian tiket penerbangan akan dikembalikan bersama dengan bagasi serta kerusi keselamatan anak mereka. 


Sumber: Daily Star

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram