Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

5 penjawat awam sertai parti liar, positif dadah

0


Lima penjawat awam antara 12 individu ditahan dalam serbuan Op Parti Liar sempena sambutan hari jadi di sebuah kondominium di Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, dalam serbuan 6.34 pagi itu, seramai 15 individu termasuk lapan wanita berusia 20 hingga 40 tahun telah diperiksa dalam premis berkenaan.


Beliau berkata hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan mendapati 12 individu yang ditahan termasuk lima lelaki penjawat awam, positif dadah.


“Siasatan awal mendapati penganjur menyewa kediaman itu pada kadar RM1,100 sehari dengan parti liar itu diadakan bagi menyambut hari lahir salah seorang suspek dan bermula sejak pukul 2 petang semalam,” katanya kepada Bernama.


Selain itu, katanya, penganjur juga dipercayai turut menghidangkan dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) dalam bentuk jus campuran yang siap dibancuh.


Mohamad Zainal berkata kesemua suspek termasuk penganjur, direman empat hari bermula hari ini hingga 10 Dis, bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


“Kesemua 15 individu yang hadir juga dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan tindakan  diambil mengikut Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020,” katanya.



Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram