Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

99% kes curi, gaduh, rogol & pecah rumah di Johor melibatkan pelajar berusia 13 hingga 18 tahun - Polis

0


Kes kecurian, pergaduhan, rogol dan pecah rumah merupakan antara kes yang paling tinggi dicatatkan melibatkan pelajar sekolah di Johor.


Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata 99 peratus yang terlibat dalam kegiatan jenayah itu pula adalah pelajar sekolah menengah berusia antara 13 sehingga 18 tahun.


Katanya, kes membabitkan pelajar itu masih di tahap yang membimbangkan walaupun indeks tangkapan jenayah pelajar dilihat mengalami penurunan iaitu 538 kes bagi Januari sehingga Oktober tahun ini, berbanding 1,230 pada tahun 2019.


Justeru itu, beliau bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)  dalam pembangunan Modul Kesedaran Jenayah Kanak-Kanak dan Remaja (MEKAR)  yang bakal dilaksanakan secara tetap di 1,374 sekolah rendah, menengah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Johor, katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Modul MEKAR IPK Johor bersama pihak UTM di sini hari ini.


Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail dan Pengarah Pendidikan Negeri Johor Shaharuddin Saari.


Ayob Khan berkata pembinaan modul itu memberi fokus kepada tiga modul utama iaitu Modul Narkotik, Modul Gangguan Seksual dan Modul Jenayah Sosial.


“Kalau daripada peringkat sekolah rendah kita didik menerusi modul ini...saya yakin apabila mereka beralih ke sekolah menengah, mereka sudah ada kesedaran tentang jenayah dan sebagainya.


Pelaksanaannya pula saya akan pastikan konsisten dan berterusan...insya-Allah ia akan bermula selepas pandemik COVID-19 ini berakhir,” katanya.


Ayob Khan berkata, antara objektif Modul MEKAR adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar akan bahaya dan kesan negatif jenayah, memberi pencegahan awal daripada kegiatan jenayah, sekali gus membantu mengurangkan kadar jenayah dalam kalangan remaja dan kanak-kanak di Johor.


Beliau berkata, Modul MEKAR akan dilaksanakan selama dua jam setiap bulan melalui beberapa kaedah antaranya syarahan, perbincangan kumpulan-kumpulan kecil dan tayangan video.


“Kaedah penyampaian modul-modul ini akan bersasar mengikut kumpulan sasar. Ini bermaksud teknik penyampaian, elemen komunikasi, aktiviti serta pembawakan modul sudah tentu berbeza bagi memastikan penyampaian maklumat berlaku dengan berkesan dan interaktif," katanya.


Beliau dalam masa sama berkata, elemen psikologi dan kaunseling juga diguna pakai dalam pembentukan modul berkenaan.


Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram