Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Abang janji, lepas rakam abang delete' - Kesal ditipu Boyafren, gadis hamil buat laporan polis

0


Seorang wanita berusia 21 tahun yang bekerja sebagai kerani membuat laporan polis kerana kesal ditipu oleh teman lelaki yang enggan bertanggungjawab di atas kehamilannya.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mangsa mendakwa dia tidak mempunyai pilihan dan terpaksa melakukan hubungan terlarang itu dan lebih teruk lagi, adegan itu dirakam oleh teman lelaki menggunakan telefon bimbit. 


Suspek berusia 23 tahun itu dikatakan turut mengugut akan menyebarkan video tersebut kepada keluarga mangsa. Mangsa terpaksa akur dan melayani nafsu keji lelaki itu beberapa kali dan kali terakhir melakukan hubungan intim itu disebuah hotel di Petaling Jaya pada Khamis, 3 November 2020. 


"Suspek merakam perbuatan jijik itu menggunakan telefon bimbit. Pada awal bulan ini, mangsa mendapati dia hamil, namun teman lelakinya meminta dia menggugurkan kandungan. 


"Mangsa enggan dan akibat berasa teraniaya serta tertipu, dia membuat laporan polis," katanya memetik laporan dari Harian Metro, Sabtu, 5 Disember 2020. 


Susulan dari laporan itu, polis telah menahan suspek di sekitar Kota Damansara pada Jumaat, 4 Disember 2020. Suspek direman selama enam hari untuk siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 


Nik Ezanee menasihatkan golongan wanita untuk berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan rayuan lelaki sehingga tergadai maruah sendiri. 


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram