Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Ahli Parlimen Putrajaya, Kun Nan, disabitkan bersalah atas pertuduhan terima rasuah RM2 juta

0


Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor didapati bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan empat tahun lepas.


Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melangkaui keraguan munasabah terhadap Tengku Adnan, yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-70 semalam.


Tengku Adnan, atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong yang juga Pengarah AKSB melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.


Ahli Parlimen Putrajaya itu didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016.


Tengku Adnan dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Dalam penghakimannya, Mohamed Zaini berkata tiada keterangan yang menunjukkan bahawa tertuduh mengeluarkan wang RM2 juta daripada akaun Tadmansori untuk perbelanjaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak.


"Tidak diragukan lagi bahwa RM2 juta tetap ada di dalam akaun Tadmansori untuk kepentingan tertuduh dan tidak membayar perbelanjaan dua pilihan raya kecil itu. Dia telah menggunakan Tadmansori sebagai pelindung kepada perbuatan jenayahnya,” kata hakim.


Mohamed Zaini berkata tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.


"Saya dapati tertuduh bersalah dan menyabitkannya bersalah atas pertuduhan berkenaan," kata hakim yang mula membaca penghakimannya pada 9.38 pagi.


Mahkamah berehat selama 45 minit bagi membolehkan pendakwaan dan pembelaan menyediakan hujah sebelum hakim menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.


Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim manakala peguam Datuk Tan Hock Chuan mengetuai pasukan pembelaan.


Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram