Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Ajak keluar jalan² kemudian bawa ke rumah' - Wanita dirogol 6 suspek termasuk lelaki dikenalinya dari WeChat

0


Seorang wanita berusia 29 tahun membuat laporan polis mendakwa dia telah dirogol oleh enam lelaki tempatan di sebuah kediaman di Taman Muhibah Saleng, Isnin, 7 Disember 2020.


Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, mangsa menghubungi pihak polis pada jam 5.55 pagi memaklumkan mengenai kejadian itu. 


Bertindak di atas maklumat itu, sepasukan polis telah menyerbu sebuah rumah di Taman Muhibah Saleng dan perkarangan Terminal Bas Kulai pada jam 8.50 pagi hingga 1.50 tengah hari semalam. Seramai enam lelaki berusia 18 hingga 25 tahun ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk siasatan lanjut. 


Polis Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor juga datang ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan. 


Difahamkan, mangsa mengenali salah seorang suspek melalui aplikasi WeChat kira-kira November lalu. Pada jam 6 petang Ahad, 6 Disember 2020, suspek mengajak mangsa keluar dan dibawa ke sebuah rumah. Mangsa dirogol secara bergilir-gilir oleh semua suspek yang berada di rumah itu.


Kesemua suspek diarahkan menjalani ujian saringan air kencing, namun keputusan mendapati semua suspek bebas dari penyalahgunaan dadah. 


Enam suspek terbabit dikenakan reman selama enam hari sehingga 13 Disember 2020 dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. 


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram