Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Ajak keluar mamam sebelum dibawa ke rumah' - Jururawat pula tampil lapor polis, dakwa dicabul pendakwah selebriti

0


Seorang lagi mangsa yang bekerja sebagai jururawat tampil membuat laporan polis pada Ahad lalu, terhadap pendakwah selebriti yang didakwa telah mencabulnya pada Disember 2019. 


Mangsa berusia 26 tahun yang bertugas di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur mendakwa, suspek telah mencabulnya di sebuah unit studio di Seksyen 7, Shah Alam.


Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, mangsa tampil membuat laporan pada jam 4 petang Ahad, 6 Disember 2020, di Balai Polis Dang Wangi dan laporan itu dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. 


Menurut laporan itu, mangsa mengenali suspek melalui media sosial pada 2018. Mangsa diajak keluar makan sebelum dibawa ke rumahnya dengan alasan mahu mengambil barang. 


Secara keseluruhan, polis telah menerima sembilan laporan daripada mangsa yang mendakwa telah dicabul dan dirogol oleh pendakwah selebriti berkenaan. Namun, dua daripada laporan itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut. 


Polis masih menjalankan siasatan dan memberi jaminan akan melakukan siasatan dengan adil dan semua maklumat yang diperoleh akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan lanjut. 


Semalam, suspek direman Polis Petaling Jaya selama lima hari untuk membantu siasatan berhubung dua laporan polis yang dibuat terhadapnya atas dakwaan merogol, mencabul dan melakukan seks luar tabii.


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram