Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Anak muntah susu, bibirnya biru' - Bayi usia setahun meninggal dunia akibat tersedak susu

0


Bayi lelaki dilaporkan meninggal dunia di rumahnya dipercayai akibat tersedak susu pagi Jumaat, 4 Disember 2020, lapor Harian Metro.


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.30 pagi di Taman Nusa Intan, mangsa yang dikenali sebagai Zulkarnain itu tersedak susu dan disedari oleh Md Zarif Md Johari, 36, dan isterinya, Zurriyati Ishak, 29, yang terdengar bunyi batuk mangsa yang baru berusia setahun. 


Menurut Md Zarif, anak bongsunya pada waktu sedang tidur di atas katil bersama dengannya dan isteri. Apabila dia bangun dari tidur, dia mendapati anaknya muntah susu dan bibirnya berwarna biru. 


"Saya cuba tepuk belakang badan, tapi anak tidak beri reaksi. Saya dan isteri segera membawanya ke hospital swasta. Kakitangan hospital beri bantuan pernafasan sebelum mengesahkan anak sudah meninggal dunia," katanya. 


Difahamkan, Zulkarnain baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital petang Khamis, selepas ditahan di wad sehari sebelum itu kerana mengalami demam berulang-ulang sehingga menyebabkannya tiada selera makan. 


Sewaktu dibenarkan pulang pada Khamis, laporan perubatan mengesahkan anaknya berada dalam keadaan baik sahaja. 


Md Zarif dan isterinya reda dengan ketentuan itu,  namun tetap bersedih kerana mereka sekeluarga baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran Zulkarnain bulan lalu. 


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram