Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Awak ni buta huruf ke ape?!' - Boleh menangis customer kena marah Seller camni

0


Apabila berkecimpung dalam alam perniagaan, seseorang peniaga itu haruslah banyak bersabar apabila berdepan dengan pelbagai karenah pelangan. Lebih-lebih lagi jika berniaga secara online di mana mereka akan banyak menerima maklum balas dari pelanggan. 


Sekiranya tiada kesabaran yang tinggi, peniagaan yang dijalankan itu mungkin akan berhenti separuh jalan dan akibatnya, perancangan gagal dan mengalami kerugian yang tidak terkata. 


Seperti yang dilakukan oleh seorang peniaga wanita ini di aplikasi Shopee yang memilih untuk membalas komen pelanggannya dengan biadab dan hanya kerana mereka komen dengan jujur di ruangan penilaian. 


Meskipun sesetengah jawapan balas peniaga itu ada benarnya, tetapi cara penyampaian dan pemilihan kata-kata adalah sangat tidak wajar untuk dilemparkan terhadap pelanggan. 


Seorang pelanggan bernama Diyanajia menulis, " Unexpected that the bottle is to small", turut disertakan gambar produk yang telah dibeli. Tidak puas hati dengan komen itu, peniaga terbabit membalas, "Aii? Small? Awak ni buta huruf ke, tau baca ke apa? Page menjual jelas tertera 30ML! Jika buta huruf pun takpa. Ada contoh gambar akak pegang botol tu di tapak tangan. 


"Begitulah orang yang buta huruf tak tau baca, tak tau flip tengok gambar display. Sedih dengan pembeli camni. Pape pun yang penting awak hepi."


Bila ada pelanggan beri dua star juga tidak terlepas dari dilahar peniaga itu. 


"Kadang akak hairan betul dengan buyer. Time Covid-19 ada penghantaran pun, masih nak complaint. Sepatutnya bersyukur sis," katanya. 


Di media sosial, netizen mengkritik peniaga berkenaan terlalu emosi dan mudah sentap yang akan membuatnya kehilangan pelanggan. Bukan sahaja dilabel tidak profesional dalam menjawab maklum balas pelanggan, malah peniaga itu mengungkit pemberian 'free gift'. 


"Jenis seller semua nak sentap, memang takkan belilah. Kalau terpaksa beli juga, aku takkan bagi apa-apa rate. Cakap jujur, dibebel-bebel pula," kata Umbut. 


"Wow! Jari seller tak ada insurance. Cuba buat relaks saja, tak perlu menjawab. Kita yang membaca jadi menyampah. Memang taklah membeli dengan seller macam ni," kata NekNgah. 


"Jual senjata api je la kak, sesuai dengan imej suka 'berperang' akak. Tak pun jual bawang, sesuai dengan akak yang suka menceceh macam cik bawang. Tisu pun tak apa sebab suka sentap + hati tisu," kata Per706. 


Anda bagaimana? Adakah anda pernah melalui situasi seperti ini ketika berbelanja di apps shopping online? 


Sumber: Forum Cari

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram