Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Boss pizza bunuh pekerja sebab kerap tuntut gaji tertunggak + bonus Krismas

0


Pemilik restoran piza di Buenos Aires dituduh membunuh pekerjanya selepas mangsa dikatakan kerap menuntut gajinya yang belum dibayar dan meminta bonus Krismas, sebelum mayatnya ditanam di halaman rumah. 


Luis Mieres, 69, ditahan selepas polis menemui mayat mangsa, Jorge Daniel Zagari, 53, ditanam di bawah konkrit di halaman rumahnya di bandar Ituzaingo di wilayah timur Buenos Aires, Argentina, Isnin lalu. 


Minggu lalu, Zagari dikatakan telah keluar dari rumahnya untuk menuntut tunggakan gaji dari Mieres dan tidak pulang ke rumah selepas itu, membuatkan keluarganya bimbang lalu membuat laporan polis. 


Pada hari yang sama, kereta mangsa ditemui terbakar di bandar Merlo dan siasatan polis pada video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kereta suspek turut berada di kawasan kejadian. 


Pendakwaraya, Maria Laura Cristina, yang mengetahui siasatan itu kemudian membuat serbuan pada rumah suspek dan pihaknya menemui konkrit yang baru dibuat di halaman rumahnya. 


Konkrit tersebut dipecah, digali dan hasilnya, mayat Zagari ditemui ditanam di bawah lapisan konkrit tersebut. 


Siasatan awal menunjukkan mangsa dipukul di bahagian kepala dengan objek tumpul dipercayai batang besi, namun polis masih menunggu keputusan rasmi dari bedah siasat. 


Susulan penemuan mayat mangsa, Mieres ditahan. Beberapa jam selepas ditahan, Mieres mengaku dia telah membunuh mangsa yang kerap menuntut tunggakan gaji, hak untuk bercuti dan bonus Krismas sebelum mereka berdua bertengkar. 


Rakan suspek, Marisol Albornoz Hermosilla, 63, dan anaknya, Martin Silva juga turut ditahan kerana disyaki membantu Mieres menyembunyikan mayat mangsa. 


Siasatan masih dijalankan. 


Sumber: The Sun

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram