Slider

Budak 4 tahun diculik, dirogol jirannya dalam longkang sebelum dikembalikan kepada keluarga dalam keadaan kritikal


Seorang lelaki menculik dan merogol anak perempuan jirannya berusia empat tahun di dalam longkang sebelum ditinggalkan dengan organnya dijangkiti dan mengalami kecederaan teruk. 


Suspek berusia 54 tahun yang dikenali sebagai Liu itu, menculik mangsa dari rumahnya di Harbin, China, dalam kejadian yang berlaku pada Ogos lalu selepas pergi ke rumah jirannya untuk meminta air minuman. 


30 Ogos, suspek membawa mangsa pulang ke rumahnya dalam keadaan seluruh badan dipenuhi dengan lebam dan kesan darah. Mangsa terus dikejarkan ke hospital dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) setelah doktor mendapati mangsa mengalami jangkitan teruk. Ekoran itu, Liu terus ditahan polis. 


Bapa mangsa berkata, "Semua organnya telah dijangkiti dan rosak. Dia juga mengalami kegagalan buah pinggang. Keadaannya kini sangat kritikal". 


Ketika disoal siasat polis, Liu mengaku telah melakukan serangan seksual dan merogol mangsa di dalam longkang, menurut laporan di mahkamah. 


Akibat perbuatannya yang kejam itu, mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap Liu. Sebelum ini, Liu pernah menjalani hukuman penjara kerana kesalahan membunuh dan merogol. - Agensi

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo