Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Cubaan Myvi seludup masuk 1.3 tan ayam frozen ke Malaysia gagal

0


Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) merampas sebanyak 1.3 tan metrik ayam beku yang diragui status kehalalannya dianggarkan bernilai RM57,960, dekat sini, hari ini.


Pegawai Pemerintah PGA7, Supt Azhari Nusi berkata kegiatan penyeludup itu dikesan pasukannya yang melakukan rondaan Op Benteng di sempadan Malaysia-Thailand berdekatan pangkalan haram Jitong, Jeram Perdah.


"Ketika rondaan pasukan rondaan telah terserempak dengan enam lelaki yang sedang memunggah kotak dari sebuah perahu ke dalam sebuah Perodua MyVi berwarna putih, kira-kira pukul 5 pagi tadi. Kesemua suspek bagaimanapun sempat melarikan diri ke negara jiran menggunakan perahu.


Pemeriksaan yang dijalankan ke atas kenderaan di tebing Sungai Golok itu menemui puluhan kotak berisi ayam beku seberat 720 kg disyaki diseludup dari negara jiran dan untuk pasaran tempatan di negeri ini,"  katanya  pada sidang media di Lubok Setol di sini, hari ini.


Susulan penemuan itu, beliau berkata pasukannya sekali lagi membuat pemantauan di lokasi yang sama kira-kira setengah jam kemudian, dan menemui sebuah lagi Perodua MyVi berwarna kelabu yang turut berisi sebanyak 576 kg ayam beku.


"Dalam kejadian kedua itu, tiada sesiapa di tempat kejadian dan barangan dipercayai dibawa masuk lebih awal untuk disembunyikan," jelasnya.


Azhari berkata Kesemua barang dan kenderaan akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) untuk tindakan lanjut.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011," katanya.


Beliau turut berkata dalam tempoh seminggu, sebanyak tiga rampasan melibatkan ayam beku telah  dilakukan dengan anggaran jumlah berat sebanyak 2.97 tan metrik.


"Kesemua barang dan kenderaan yang dirampas dalam tiga kes itu adalah bernilai RM124,932.80 dan dilakukan di pangkalan haram yang sama (pangkalan haram Jitong)," katanya.


Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram