Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Dalam gambar, ada satu lembaga hitam yang macam aku nampak...'

0


Setiap orang mempunyai pengalaman paranormal/mistik masing-masing. Ini sekadar perkongsian sahaja. Bagi yang lemah semangat, anda tidak digalakkan untuk terus membaca. 


KISAH ini berlaku sekitar 12 tahun yang lalu. Masa itu aku berumur 8 tahun. Keluarga aku baru berpindah ke negeri kelahiran ibu aku. Sementara nak tunggu rumah kami siap, kami tinggal kat rumah sewa.


Rumah ni rumah kayu dan agak besar. Ada tiga bilik yang besar, ruang tamu, ruang keluarga (aku tak tahu nak panggil ruang apa), dua beranda, dua bilik air, dan dapur. Salah satu bilik tuan rumah kunci. Ada jiran di kiri dan kanan rumah, serta sebuah kedai makan kat depan rumah. Belakang rumah memang hutan.


Masa awal-awal tinggal kat situ memang tiada apa-apa yang berlaku seingat aku. Aku sendiri pun tak pasti sejak bila aku diganggu sebab benda pun dah lama berlalu. 


PENUNGGU BILIK TIDUR


Aku tidur dengan ibu bapa aku sebab bilik satu lagi jadi stor untuk kotak yang tak dibuka. Aku akan tidur awal setiap malam kecuali malam minggu. Jadi, aku akan masuk bilik sendiri sementara ibu bapa aku masih menonton televisyen.


Aku akan tidur atas tilam, tepi almari. Setiap kali aku cuba tidur, aku akan rasa ada yang memerhatikan aku dari atas almari. Hampir setiap malam macam tu. Tapi, aku tak berani nak tengok apa yang ada atas almari. Aku akan baca Al-Fatihah sampai tertidur.


Yang menjadi persoalan, bila ibu bapa aku masuk tidur sekali dengan aku, tak ada pula aku rasa macam tu. Disebabkan aku masih budak, aku fikir mungkin tu perasaan aku je.


LEMBAGA HITAM DAN BUNYI SERIGALA


Masa benda ni terjadi aku tidur dekat ruang tamu dengan ayah aku. Mak aku kerja malam masa ni. Masa tengah menonton televisyen tu, aku menggeliat sambil berpusing, dan aku nampak...


LEMBAGA HITAM MACAM ASAP BERGERAK DARI DAPUR MASUK KE BILIK YANG DIJADIKAN STOR


Aku tak bagi tahu ayah aku sebab aku tahu ayah aku tak akan percaya. Tak lama lepas tu, aku rasa nak terkucil. Bilik air pula sebelah dengan bilik yang aku nampak lembaga tu masuk tadi. Nak tak nak aku kena lepaskan hajat.


Aku berjalan dengan cepat ke tandas sebab tak nak lelama kat situ. Tengah aku lepaskan hajat, aku terdengar bunyi serigala. Makin cuak aku masa tu. Siap je, terus aku lari pergi kat ayah aku. Ayah aku tengok semacam kat aku sebab tiba-tiba lari. Hahaha!


BUNYI BISING DI DAPUR DAN KETUKAN PADA PINTU RUMAH


Sama macam kisah kedua tadi, aku tidur dekat ruang tamu dengan ayah aku. Malam tu malam hujung minggu, jadi memang dah jadi adat, aku akan tidur lewat. Ayah aku dah tertidur masa ni. Seingat aku, aku tengah menonton Mega Movie kat TV3.


Macam biasa, bila masuk pukul 12 tengah malam, movie akan berhenti untuk bagi laluan pada Nightline. Disebabkan aku memang nak tahu penamat movie tu, aku tengok la Nightline tu (padahal tak faham apapun haha). 


Masa tengah syok tengok Nightline, aku dengar bunyi macam barang berdentum kat dapur. Bunyi pinggan ada. Bunyi sudu ada. Bunyi periuk ada. Macam tengah meriah masak ramai-ramai gitu. Aku cuba berfikiran positif yang bunyi tu sebab tikus.


Aku buat tak endah walaupun aku cuak jugalah masa tu. Lepas tu, bunyi tu berhenti. Aku anggap yang 'tikus' tu dah balik 'rumah' untuk tidur. Tapi...


PINTU DEPAN DENGAN PINTU DAPUR DIKETUK BERGILIR-GILIR


Cara dia ketuk tu macam ada kecemasan, memang kuat giler. Aku tengok ayah aku yang tengah tidur. Lena je. Macam rumah ni sunyi. Aku pandang bawah pintu. Aku nampak bayang-bayang. 


"Orang ke tu?" detik aku dalam hati. Tapi bila tengok jam dalam 12 lebih macam tu, macam tak logik pula. Kedai makan depan rumah aku pun dah tutup.


Bukan sekali je aku kena macam tu, dan aku tertanya-tanya siapa dan kenapa dia ketuk pintu rumah aku. Macam nak roboh dah ketuk pintu.


Dalam setahun selepas tu, keluarga aku pindah ke rumah yang aku duduk sekarang. Alhamdulillah, dah tak ada gangguan. Pasal rumah sewa tu, kawan aku cakap rumah tu memang selalu kosong dalam jangka masa yang lama. Jadi, tak peliklah kenapa ada penghuni lain.


Pasal penunggu bilik tidur tu, mak aku pernah ambil gambar bilik tu masa dia tengah bersendirian kat rumah (mungkin sebab mak aku tengah bosan haha). Dalam salah satu gambar, ada satu lembaga hitam macam yang aku nampak. Mak aku terus padam gambar tu.


Itu sahaja kisah daripada aku.


Penulis: Anne

Sumber: Arkib Angker Negara

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram