Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Dia (pengantin perempuan) menangis meronta sampai pengsan, sebab nak viral' - Keluarga Pengantin Lelaki

0

Susulan viral video pengantin perempuan menangis histeria sehingga pengsan di pelaminan ketikam melihat bekas teman lelakinya datang ke majlis pernikahan, keluarga pengantin lelaki tampil memberi penjelasan dan sekali gus menafikan dakwaan yang tidak berasas. 


Pertama, keluarga pengantin lelaki (Dedi) menafikan dakwaan kononnya menantu (Aoina) mereka itu adalah isteri orang yang masih belum diceraikan suami pertamanya. Sedangkan, pasangan itu dikahwinkan tanpa paksaan dan sempat menjalinkan hubungan sebagai kekasih beberapa bulan sebelum bernikah. 


Pada hari majlis, keluarga Dedi sendiri juga tidak menyangka Aoina sanggup berkelakuan di luar jangkaan sehingga memalukan diri di hadapan para tetamu dalam majlis pernikahan yang diadakan pada Sabtu, 12 Disember 2020 di Lombok Timur. 


Apa yang pasti adalah, Dedi sudah banyak mengeluarkan belanja untuk segala-galanya termasuklah menanggung pembiayaan motosikal milik Aoina. 



Pihak keluarga Dedi percaya bahawa, Aoina menangis histeria dan meronta-ronta sehingga pengsan hanya kerana mahu video dirinya berkelakuan sedemikian viral di media sosial. Meskipun begitu, mereka tetap menyayanginya. 


Anak saudara Dedi, Nilam berkata, Aiona masih belum menjadi janda kerana Dedi belum menjatuhkan talak terhadapnya. Namun, Aiona meminta dia diberi keizinan untuk pulang ke rumah keluarganya sedangkan mereka baru sahaja bernikah selama dua hari. 


BACA JUGA: (VIDEO) PENGANTIN PEREMPUAN MENANGIS HISTERIA DAN PENGSA LIHAT KEDATANGAN BEKAS KEKASIH KE MAJLIS, TERUS DICERAIKAN SUAMI


Dedi dan keluarga tidak membenarkan Aoina pulang kerana dia masih berada di bawah tanggungjawab Dedi. 


"Dia minta nak pulang terus, kenapa baru sekarang nak minta pulang. Kenapa tidak sebelum hari majlis, sebelum wang dah habis? Ini bukan persoalan mengenai wang, tetapi harga diri ini nak letak di mana?


"Bagaimana nak memulangkan perempuan yang sudah dinikahi? Dia (Aoina) adalah di bawah tanggungjawab Dedi sekarang. Walaupun baru bernikah kelmarin, tetapi bapa saudara saya sedar yang Aoina masih tanggungjawabnya," kata Nilam. 


Sementara itu, bekas teman lelaki kepada Aoina, Adrian Hidayat, menjelaskan dia bukannya sengaja datang untuk melakukan onar di majlis tersebut. Sebaliknya dia datang kerana dijemput oleh keluarga Aoina. 


"Saya ingin menjelaskan bahawa ketika majlis pernikahan kelmarin, saya bukannya datang secara tiba-tiba. Tetapi mendapat undangan dari bekas kekasih saya," katanya sambil menunjukkan gambar kad jemputan. 



"Jadi, saya datang ke sana bukan bermaksud untuk membuat onar atau apa, hanya sekadar ingin menghargai dan ingin bersilaturahmi, namun respon bekas teman wanita itu di luar jangkaan," kata Adrian. - Agensi


3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram