Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Wanita ditahan menyamar jadi Inspektor Humairah untuk tawan hati keluarga teman lelaki

0


Polis menahan seorang wanita berusia awal 20-an yang berasal dari Tawau, Sabah kerana menyamar sebagai pegawai polis berpangkat Inspektor.


Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, suspek ditahan pada jam 8 malam Rabu, 9 Disember 2020, setelah pihaknya menerima laporan polis dibuat ibu bapa kepada teman lelaki suspek yang berasa curiga dengannya. 


Difahamkan, suspek datang ke Bachok untuk bertemu dengan teman lelakinya berusia 23 tahun yang juga merupakan seorang anggota tentera. Suspek sanggup menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari sebelum tinggal di rumah keluarga teman lelakinya itu di Kampung Bukit Bato sejak seminggu lalu. 


Dalam tempoh itu, suspek telah menggantung uniform (palsu) operasi polis berpangkat inspektor tertera nama Humairah di dalam kereta Perodua Myvi milik teman lelakinya. Malah memaklumkan kepada keluarga teman lelakinya bahawa dia seorang pegawai polis berpangkat Inspektor. 


Bagaimanapun, kata-kata suspek itu menimbulkan rasa curiga, ditambah pula dengan suspek yang boleh bercuti untuk tempoh yang terlalu lama. Kecurigaan itu membuatkan keluarga berkenaan tampil membuat laporan polis yang menyebabkan wanita itu ditahan serta-merta.


Siasatan awal mendapati, suspek mempunyai rekod kesalahan lampau yang berkaitan dengan kes sama pada 2017 di Sungai Besi, Kuala lumpur. Polis tidak menolak kemungkinan suspek berbuat demikian untuk mencari jodoh dan meraih kepercayaan pihak keluarga teman lelaki kononnya dia mempunyai pendapatan yang stabil. 


Ketika ditahan, polis juga merampas pakaian operasi PDRM yang digunakan suspek. Suspek direman sehingga Sabtu, 12 Disember 2020, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 89 (c) Akta Polis 1967 kerana memiliki peralatan polis. 


Sumber: Kosmo

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram