Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Hukum bermain PUBG & sejenisnya adalah haram' - Ulama cetak sticker larangan bermain PUBG

0


Majlis Permusyawaratan Ulama (MPU) Aceh menerbitkan pelekat larangan bermain game PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) yang akan ditampal di seluruh warung kopi dan kafe di Bandar Banda Aceh. 


Tertera pada pelekat tersebut, Fatwa MPU Aceh Nombor 3 Tahun 2019, "Hukum bermain game PUBG dan sejenisnya adalah haram'. 


Tidak terkecuali fatwa terhadap game judi online, "Judi online adalah permainan yang memasang pertaruhan wang atau bentuk lain melalui media sosial dan internet, hukumnya adalah haram."


Wakil Ketua MPU Aceh, Tgk Faisal Ali menjelaskan, pelekat tersebut perlu disebarkan kerana masih ada banyak masyarakat yang bermain dua jenis permainan itu di warung kopi. Beliau juga sedar, larangan bermain game PUBG itu akan menerima banyak bantahan. 


"Ini memang akan mendapat banyak bantahan kerana permainan (PUBG) ini sudah dijadikan sebagai sukan yang akan dipertandingkan," katanya kepada media tempatan pada Sabtu, 5 Disember 2020. 


Menurut Faisal, pihaknya telah mencetak sebanyak 100 pelekat dan jika mesej itu jelas dan menerima reaksi positif, pihaknya akan mengeluarkan lebih banyak pelekat tersebut untuk dilekatkan di tempat awam. - Agensi

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram