Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Ibu buru 10 ahli kartel yang culik anak perempuannya, seorang demi seorang seperti filem Taken

0


Seorang ibu sanggup membuat identiti palsu dan menyamar untuk mengesan pembunuh anak perempuannya serta memburu mereka seorang demi seorang. 


Dalam kisah yang mirip dengan filem Hollywood, Taken, Miriam Rodriguez, 56, tidak pernah berputus asa dan memburu individu-individu yang bertanggungjawab menculik dan membunuh anak perempuannya, Karen, berusia 20 tahun ketika dilaporkan hilang. 


Wanita berani itu dilaporkan telah berjaya menumbangkan 10 penjenayah dari kartel dadah terkenal Mexico, Los Zetas, salah satu kartel yang paling berbahaya di negara ini. 


Dalam tiga tahun selepas kematian Karen, Miriam berjaya menangkap setiap anggota kru yang terbabit dalam penculikan anak perempuan yang dijadikan sebagai tebusan di kawasan yang di mana pihak berkuasa terlalu takut untuk mengheret mereka ke muka pengadilan. 


Bagaimanapun, tindakan berani mati itu akhirnya memakan diri apabila Miriam dibunuh selepas beberapa individu bersenjata memecah masuk ke dalam rumahnya di San Fernando, Mexico. 


Selepas kematian wanita itu, Gabenor Tamaulipas Francisco Gracia Cabeza de Vaca melalui Twitternya berkata, kerajaan negeri tidak akan membiarkan kematian Miriam Rodriguez menjadi satu statistik lagi. 


Difahamkan, demi mengheret pembunuh anaknya ke muka pengadilan, Miriam sanggup memotong dan mewarnakan rambutnya serta menyamar pelbagai identiti termasuk pekerja kesihatan dan pegawai pilihan raya bagi mendapatkan nama dan alamat mereka. 


Miriam mencipta pelbagai alasan untuk bertemu dengan keluarga suspek untuk mendapatkan maklumat terperinci bagi membantu siasatannya. 


Miriam juga menangkap salah seorang lelaki yang terbabit dalam jenayah penculikan itu, iaitu penjual bunga di tepi jalan yang bertindak melarikan diri sebelum dikejar dan dibentes oleh Miriam sehingga terjatuh. Miriam terus mengacu pistol di leher dan mengancam akan membunuhnya jika dia bergerak. 


Miriam disanjung sebagai hero di kampung halamannya di atas keberaniannya berdepan dengan kartel. 


Wanita itu pernah memberitahu anak perempuannya yang lain, Azalea yang dia tidak akan berhenti sehingga dia berjaya menangkap individu-individu yang telah menculik dan membunuh Karen. 


Dalam filem bersiri, Taken, yang dibintangi oleh Liam Neeson, memegang watak sebagai bekas ejen CIA yang berusaha menyelamatkan anak perempuannya dari sekumpulan penculik di Perancis. 


Watak Liam Neeson sanggup pergi ke Eropah untuk memburu dan membunuh penculik anak perempuannya. 


"I don't know who you are. I don't know what you want. If you are looking for ransom I can tell you I don't have money, but what I do have are a very particular set of skills. Skills I have acquired over a very long career. Skills that make me a nightmare for people like you. If you let my daughter go now that'll be the end of it. I will not look for you, I will not pursue you, but if you don't, I will look for you, I will find you and I will kill you." — Liam Neeson, Taken


Sumber: Daily Star

3/block3/Global

3/block3/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram