Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Kalau aku tak dapat, kau pun takkan dapat dia!' - Cemburu, lelaki tikam calon suami bekas teman wanita

0


Seorang lelaki berusia 27 tahun menikam calon suami kepada bekas teman wanitanya kerana didorong rasa cemburu yang tidak terkawal.


Ketua Polis Daerah Kebon Jeruk, Komisioner Polis Metro Jakarta Barat, R Manurung berkata, kejadian itu berlaku pada 7 Disember 2020 di sebuah rumah sewa di Kebon Jeruk, Jakarta Barat. 


"Ya, memang benar pihak kami ada menerima laporan berkaitan kes itu dan suspek telah berjaya diberkas," katanya. 


Manurung berkata, sebelum itu suspek bertemu dengan bekas teman wanitanya berusia 30 tahun dan bertanya akan status perhubungan mereka. Wanita yang dikenali sebagai MJ itu menjelaskan dia sudah memilih lelaki lain iaitu mangsa berusia 23 tahun dan merancang untuk berkahwin tidak lama lagi. 


"Sedangkan suspek berharap kedatangannya itu membuatkan wanita itu kembali ke pangkuannya. Tetapi MJ memaklumkan suspek terlambat dan sudah mempunyai calon suami pilihannya sendiri," kata Manurung. 


Kesal mendengar jawapan itu, suspek terus menikam mangsa yang sedang tidur beberapa kali sebelum melarikan diri. Kurang dari tempoh 24 jam, polis berjaya menahan suspek. 


"Motif kejadian adalah kerana suspek berasa cemburu dengan bekas teman wanitanya sudah mempunyai lelaki lain," katanya.


Polis masih melakukan siasatan dan suspek didakwa mengikut Akta 351 KUHP yang memperuntukkan hukuman lima tahun penjara jika sabit kesalahan. 


Sumber: Indo Zone

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram