Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Korea Utara tembak mati rakyatnya kerana langgar peraturan pencegahan Covid-19

0


Kerajaan Korea Utara dilaporkan akan menembak mati mana-mana rakyatnya yang didapati melanggar peraturan pencegahan Covid-19, oleh skuad penembak di tempat awam. 


28 November lalu, seorang lelaki yang dituduh merentas sempadan China telah ditembak mati bagi memberi peringatan kepada orang awam untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. 


Walaupun Korea Utara secara rasminya mendakwa negaranya tidak pernah mempunyai kes Covid-19, rejim Kim Jong-un tetap melaksanakan tindakan kuarantin di peringkat tinggi dan pasukan tenteranya diarahkan untuk menembak individu yang menceroboh di kawasan sempadan. 


"Mereka melaksanakan hukuman tembak oleh skuad penembak di tempat awam bagi memberi amaran keras terhadap penduduk di kawasan sempadan kerana banyak berhubung dengan orang di seberang sempadan termasuk aktiviti penyeludupan," kata sumber.


Individu yang ditembak mati pada hujung November lalu adalah lelaki berusia 50 tahun yang dituduh menyeludup dengan rakan perniagaannya (China) merentas sempadan yang telah ditutup hampir sepanjang tahun 2020. 


China adalah rakan dagang dan penerima bantuan terbesar Korea Utara. Tetapi aktiviti perdagangan di antara dua negara itu merosok sebanyak 75 peratus sejak pandemik Covid-19. 


Bimbang aktiviti penyeludupan akan membawa masuk virus berbahaya itu, rejim Kim telah meningkatkan kehadiran tenteranya di kawasan sempadan untuk melakukan pemantauan ketat. 


Pyongyang juga telah menghantar unit-unit khas untuk memeriksa pengawal di sempadan bagi memastikan mereka tidak terlibat dengan aktiviti penyeludupan. 


Sumber: Daily Mail

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram