Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Mayat lelaki tanpa kepala ditemui di banglo usang di hutan berdekatan UIAM

0


Mayat seorang lelaki ditemui di dalam sebuah banglo lama di bukit berhampiran hutan tanah rizab Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, hari ini. 


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, menerima panggilan yang memaklumkan penemuan mayat tanpa kepala itu pada jam 11.45 pagi Isnin, 7 Disember 2020, dalam keadaan tergantung yang dipercayai telah meninggal dunia lebih dari tiga hari. 


Pihak berkuasa yang tiba di lokasi kejadian mendapati, rumah tersebut tidak berpenghuni dan mangsa yang tergantung dengan tali yang diikat pada kayu bumbung rumah, masih lengkap memakai seluar jean bewarna biru dan baju belang berwarna coklat putih. Sementara itu, tengkorak mangsa berada di lantai.


Pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang pengenalan diri mangsa yang belum dikenalpasti status kewarganegaraannya.


Sepasukan anggota Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bekerjasama dengan anggota Bomba dan Penyelamat Selayang mengambil masa selama 30 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa. 


Polis tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi banglo terpencil itu yang tidak diketahui siapa pemiliknya. 


"Pusat Kesihatan Daerah Gombak (PKD) telah mengambil sampel dari rangka untuk ujian Covid-19. Rangka manusia tersebut telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya. 


"Kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut sehingga laporan hasil bedah siasat diperolehi," katanya. 


Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau kehilangan ahli keluarga untuk tampil menghubungi Balai Polis Gombak di talian 03-61895222. 


Sumber: Sinar Harian

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram