Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Mayat wanita ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan kesan tikaman di leher

0


Seorang wanita warga Indonesia maut ditikam rakan serumahnya dan mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel di Jalan Sri Sarawak 18, Taman Sri Andalas, Rabu, 23 Disember 2020. 


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, rakan mangsa menghubungi polis memaklumkan penemuan mayat mangsa pada jam 2.05 petang. 


Siasatan polis dengan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di tempat kejadian mendapati, mangsa berusia 20-an itu ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan tikaman di leher. 


Mayat mangsa yang hanya memakai baju T dan berlumuran darah itu ditemui di bilik di tingkat satu rumah tersebut. 


Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dibedah siasat. 


Polis kini sedang giat mengesan suspek untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 



Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram