Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Mereka koyakan kontrak & minta saya bayar RM60,000' - Wani Comel tuntutan usahawan kosmetik tunaikan janji, tetapi...

0


Nurul Airawani Nazira Ibrahim atau dikenali sebagai Wani Comel, tampil membuat tuntutan terhadap seorang usahawan kosmetik untuk menunaikan janjinya, selain mendakwa dia telah dieksploitasikan sebagai duta produk syarikat usahawan bergelar 'Dato' itu. 


Menurut Wani, 23, usahawan itu terdahulu menjanjikan rumah, kereta dan kehidupannya bersama keluarga akan disara sebelum diberi tawaran menjadi duta produk. 


"Mereka jumpa saya selepas raya tahun lalu dan ketika itu, pihak sana tawarkan untuk tanggung pembedahan bariatrik, memberi saya rumah, kereta dan membantu kami sekeluarga. 


"Pada mulanya saya tidak yakin, tetapi mereka berjaya menyakinkan saya dan memberitahu kehidupan saya lebih mudah selepas ini. Pihak sana juga berjanji untuk bantu saya sehingga berjaya. 


"Bagaimanapun setakat menjalankan kerja saya untuk content di media sosial, saya hanya dapat kurang RM1,000 secara keseluruhan. Paling tinggi saya pernah dapat RM350m itupun hanya bayaran untuk membuat content di media sosial sahaja," katanya memetik laporan dari Sinar Harian. 


Selepas menjalani pembedahan bariatrik, Wani mendakwa dia terasa seperti diabaikan oleh pihak syarikat itu dan segala janji-janji yang ditaburkan sebelum ini tidak ditunaikan. Bahkan, laporan kesihatannya masih dipegang oleh pihak berkenaan menyebabkan dia tidak dapat meneruskan rawatan susulan. 


"Selepas selesai pembedahan dan keluar dari hospital, saya terasa dibiarkan begitu sahaja. Saya ada bertanya mengenai laporan kesihatan saya sebab saya ada rawatan susulan. Tetapi pekerja syarikat itu asyik berdolak-dalih. Sudahnya saya tidak buat rawatan susulan sehingga kini dan saya masih berasa sakit pada bahagian perut," katanya. 


Wani menjelaskan dia tidak berani bersuara kerana terikat dengan kontrak yang tidak jelas dari syarikat itu. Selepas didatangi dan mendakwa digertak oleh wakil syarikat berkenaan, dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia bersuara. Wani juga merasakan maruah keluarganya diperkotak-katik dan dikecam netizen. 


"Bulan lepas, ada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan sumbangan. Petang hari yang sama, wakil syarikat tersebut datang dan mereka kata saya tidak mengenai budi kerana menerima sumbangan dari pihak lain. 


"Disebabkan itu, mereka koyakkan kontrak yang sudah setahun saya minta, turut meminta saya membayar ganti rugi sebanyak RM60,000. Disebabkan rasa terancam, tamabahan pula dengan kesihatan ibu yang tidak mengizinkan, saya terpaksa buat satu laporan polis," katanya. 


Kini Wani menuntut usahawan itu tampil menunaikan janji dan dia bersedia untuk bersemuka dengan usahawan itu tanpa sebarang syarat dan bukan secara tertutup. 


"Saya harap pihak sana tunaikan apa yang dijanjikan. Saya pun manusia, bukan binatang. Pulangkan laporan perubatan untuk memudahkan saya mendapatkan rawatan susulan," katanya. 


Sementara itu peguam kepada Wani, Haziq Aizuddin Subhi berkata, setelah meneliti kandungan kontrak tersebut, dia mendapati hanya pihak syarikat sahaja yang mendapat kelbihan. 


"Kita sudah menyerahkan surat tuntutan kepada pihak usahawan kosmetik itu untuk menyelesaikan segala tuntutan yang dibuat dalam masa tujuh hari menerusi perbincangan kedua-dua pihak. 


"Sekiranya tiada sebarang respons, kami akan hantar surat tuntutan kedua dan sekiranya masih tidak mendapat sebarang maklum balas, kami tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini ke mahkamah sebagai jalan terakhir," katanya. 


Sumber: Sinar Harian

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram