Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis



5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Pemandu lori Shopee maut tercampak keluar, jatuh 7 meter ke bawah jejantas

0


Seorang pemandu lori sebuah syarikat e-dagang maut, selepas tercampak keluar dari kenderaannya sebelum jatuh ke bawah jejantas setinggi tujuh meter, dalam kemalangan di Kilometer 137 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran bulatan Seberang Jaya, di sini hari ini.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad berkata dalam kejadian pukul 3.15 pagi itu, Muhammad Shafiq Abd Razak, 33, dari Mengkuang Semarak di sini dalam perjalanan ke hub penghantaran barang di Pokok Sena, dekat sini sebelum melanggar sebuah motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang seorang konstabel polis.


“Pemandu lori itu dipercayai melanggar motosikal sebelum kenderaanya hilang kawalan lalu terbabas ke penghadang jalan dan menyebabkan mangsa tercampak keluar serta terjatuh ke bawah jejantas, lelaki tersebut mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan.


“Manakala penunggang motosikal, Roger Daniel James, 20, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut turut mengalami cedera parah di bahagian kepala dan patah kedua belah kakinya,” katanya dalam kenyatan hari ini.



Katanya kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya dan pemandu lori itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di situ, manakala penunggang motosikal masih dalam keadaan kritikal.


Beliau meminta kerjasama orang ramai yang melihat kemalangan itu agar tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis kerana setakat ini tiada saksi kejadian yang tampil membantu siasatan malah kawasan tersebut tiada liputan kamera litar tertutup (CCTV).


Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram