Slider

Pengarah syarikat pelaburan diculik, suspek tuntut wang tebusan RM2 juta


30 November lalu, pengarah sebuah syarikat pelaburan diculik sekumpulan lelaki dan dikurung di inap desa yang disewa di Jitra, Kedah. 


Sekumpulan penculik itu menuntut wang tebusan sebanyak RM2 juta dari keluarga mangsa jika mahu lelaki itu dibebaskan. 


Menurut laporan Harian Metro, dalang penculikan itu dipercayai seorang anggota keselamatan yang mengarah kumpulan itu menculik mangsa selepas berang wang pelaburannya tidak berjaya didapatkan semula. 


Difahamkan, mangsa sudah membayar RM270,000 wang tebusan yang diminta. Dua hari kemudian, mangsa berjaya meloloskan diri dari kumpulan itu sebelum anaknya membuat laporan polis. 


Bertindak di atas laporan itu, seramai enam suspek ditahan pada 2 dan 3 Disember lalu dalam beberapa siri serbuan yang dilakukan. Seorang lagi suspek yang juga dalang penculikan itu sedang diburu polis. 


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, semua suspek yang ditahan telah dipohon reman dan siasatan lanjut sedang dijalankan. 


Sumber: Harian Metro

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo